• English
  • Bahasa Malaysia
  • Ahad, 20 Mei 2012
    Organisasi

    Lembaga Pelancongan Sabah yang lebih dikenali sebagai "Sabah Tourism" adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang beroperasi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Fungsi utama Lembaga Pelancongan Sabah adalah untuk memasarkan dan mempromosikan kegiatan pelancongan di Sabah.

    Lembaga Pelancongan Sabah juga berfungsi sebagai penjana bagi industri pelancongan dengan memberi cadangan kepada Kerajaan mengenai cara terbaik bagi mengendali perkembangan industri serta mengambil bahagian dalam menginisiasikan dan mengkoordinasikan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh anggota industri.

    Sejak penubuhannya pada Ogos 1976, peranan Lembaga Pelancongan Sabah telah berkembang seiringan dengan keperluan pasaran pelancongan global. Pada hari ini, Lembaga Pelancongan Sabah adalah terbentuk oleh empat bahagian atau unit iaitu: Bahagian Pemasaran, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Kewangan dan Perkhidmatan Korporat, dan Bahagian Audit Dalaman.

    Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat milik Lembaga Pelancongan Sabah, berfungsi untuk membekal dan memberikan perkhidmatan sokongan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga Pelancongan Sabah melalui kerjasama dengan industri pelancongan dalam pengurusan acara, publisiti dan penerbitan, serta pembekalan dan penjualan hasil kraftangan tempatan.

    Lembaga Pelancongan Sabah mempunyai Pusat Informasi Pelancong yang terletak di pejabatnya di No. 51 Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Waktu operasi Lembaga Pelancongan Sabah adalah seperti berikut:-

    Lembaga Pelancongan Sabah :

    Isnin - Jumaat : 8:00 am - 5:00 pm
    Cuti Umum : 9:00 am - 4:00 pm
    Sabtu & Ahad : 9.00 am - 4:00 pm 

    Sri Pelancongan Sabah :

    Masa Pejabat
    Isnin - Jumaat  : 8:00 am - 5:00 pm
    Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Closed

    Tourist Information Counter
    Isnin - Jumaat  : 8:00 am - 5:00 pm
    Sabtu & Cuti Umum : 8:00 am - 4:00 pm
    Ahad : Closed